金木 研
Eyepatch, 眼帯




















No
= + comment | (0)

DATE: Friday, 28 March 2014 TIME: 23:43

Assalamualaikum.

Ayah warded. sigh

Tak terkejut sebab family aku ni memang tak sah tak warded dalam setahun. srs tak tipu ((sounds harsh tho))

Yana nampak letih, yelah ulang alik hospital rumah. 2 hari. Aku cuma pandang, tengok muka letih Yana lepastu sambung surfing internet. Langsung tak rasa apa.

Serious aku cakap, takde apa pun perasaan timbul masa Yana bagitahu Ayah warded. :c
takde, sikit pun takde.

Yana yang tak cukup tidur, nak siapkan assignment dia lagi, nak jaga Ayah lagi walaupun Mak ada kat hospital. Nak kena urus house chores lagi. Aku rasa macam aku menyusahkan semua orang je.

Tadi Yana ajak nak pegi jenguk Ayah tak, berbelah bagi. (( srsly macam mana aku boleh rasa ceni ))
Dalam hati, haih nak tengok WIN la. Malas nya nak ikut.

Yana cakap, 'alah tak lari nya WIN tu, nanti pulang bermalam boleh tengok lagi'
em betul jugak.

So aku pun ikut lah. Dengan berat hati................

kepala ni asyik duk fikir nak tengok WIN sampai habis, rela tak tidur la apa la.

Sampai je hospital, ada satu semangat timbul dalam diri. 'yeah jom jom pergi jenguk ayah! ayah, neomu bogoshiposeoyo!'

Naik lif, masuk dalam ward. Cari katil mana Ayah duduk.

Salam. Tengok muka tua Ayah yang susut sebab demam. Ayah cakap takde selera, tadi makan berapa sudu je. Sekali tengok pun dah nampak, Ayah nampak lemah, tak bermaya.

Sebak sangat.

Katil depan ni ada pakcik yang tengah kritikal, satu family berkumpul. Baca yasin, bagi semangat dengan bisik kat telinga pakcik tu. Mesin bantuan pernafasan, macam macam. Wayar berselirat.

Mak kata anak pakcik tu taknak doktor buat apa eh nama dia, yang shock tu. ah biarlah.
takut tulang retak, yelah orang tua kan.

Aku tengok muka setiap ahli keluarga pakcik tu, semua muka risau. Sedih. Ya, aku dapat rasa mereka semua ni berharap yang pakcik ni boleh kembali normal. Ada yang tahan dari air mata mengalir. Aku tak pakai specs tadi tapi aku boleh nampak.

Sekarang aku terfikir macam mana la boleh timbul rasa malas nak jenguk Ayah kat hospital tu. Astaghfirullah. apa aku ni.

Macam takde apa berlaku je sampai aku boleh rasa malas. ei

Nur Saraya Najwa, kau ni dah jauh sangat. lalai dengan internet ni semua sampai ayah kau sendiri boleh rasa malas nak jenguk. sedar pls

Yeah, aku lagi nangis typing ni semua. Aku tak pandai nak luahkan emosi aku depan family, tak suka. Malu. lol (( ego! ))

Ayah, get well soon. Cepat! Dah rindu suara Ayah panggil ajak solat berjemaah. Rindu sangat. Rindu tengok Ayah 'berkebun' dekat laman rumah. Rindu dengar Ayah membebel hihihihi. walaupun dengan tone tenang datar je, boleh detect ketegasan Ayah.




Blogger template © Elle Snyder 2013. Image via weheartit.