金木 研
Eyepatch, 眼帯




















KEJATUHAN MELAMPAU
= + comment | (0)

DATE: Thursday, 26 June 2014 TIME: 18:11

Petang.

Kertas soalan dah dapat. Baru rasa macam dah grown up. Dah nak exam dah pun.

---------------------------------------------------------------

Aku taktahu apa aku buat sampai asal balik rumah je kena marah. Tadi merungut lapar. BANG! Sedas kena tembak.
 Aku ni memang menyusahkan ke pe. Lapar pun kena marah. Macam mana tu.

Aku dah agak tahun ni memang tahun paling teruk la.

Mungkin aku dah puas ada di 'atas',
ni la masa aku rasa kegagalan.

Aku memang serious jarang sangat menangis.

Tapi haritu straight 3 hari aku menangis.

Kegagalan. Kejatuhan.

Masa tu aku berharap ada orang tolong paut tangan aku, papah aku dan tolong aku berdiri kembali.
Tapi tak.
Aku makin jatuh. Sampai aku dah tak kenal erti bangun lagi.

Masa ni lah aku tau siapa kawan aku. Masa ni lah buat aku kembali sedar yang,
sebenarnya aku keseorangan dalam sekolah tu, dalam dunia ni.

Aku ingatkan mereka ni lah kawan sehidup semati aku. Kawan aku dunia akhirat.
Hati aku baru nak terima yang real life friends ni takdelah teruk sangat.
Sangkaan meleset. Meleset terus jatuh dalam gaung.

Apa lah nasib masa kejatuhan aku tu kredit aku tak dapat nak contact korang. ;c

Sekarang aku label diorang ni sebagai, 'kenalan sekolah menengah' instead of 'kawan sekolah menengah'.

Apa nama kawan kalau dia sendiri buat kau jatuh.
Apa nama kawan kalau dia buat tak endah bila kau sedang dalam kesedihan terlampau.
Apa nama kawan kalau dia seronok bergembira kat sana dan kau kat sini sedang cuba berdiri.

Dan aku jadi bodoh sekejap.
Hanya desperate nak kan kata kata semangat, aku pun text cinta-terbalas-dah-ended-tapi-masih-berharap aku ni.
Dengan harapan dia reply paling tidak pun 'takpe, boleh cuba lagi'
So aku text dia.

Teruk sangat ni weh. 
Aku rasa macam jatuh tergolek masuk lubang kena timbus takleh bangun dah ;c

Ha apa dia reply lepas tu? sangat hebat. bernas idea dia

share kat group la

Aku terus nangis tahap-tak-ingat lepas aku baca apa dia reply.
Ya Allah kecewa tu tak tau lah nak describe macam mana.
Apa susah kau bagi aku sikit semangat pada saat kejatuhan aku ni?

Aku tau kau tak sebegitu bodoh tak perasan yang aku ni tengah down teramat ni.

Kepala kau tu je bijak tapi perasaan kau tu kuda pun lagi bijak weh.

Salah ke aku nak sikit kata-kata semangat dari kau
macam kau tolong paut tangan aku bantu aku berdiri kembali atas dunia ni?

I actually sent that.

Aku taktau lah hati kau tu keras sangat sampai langsung takde belas kasihan dalam diri kau tu.
Apa lah aku bodoh sangat sayang dan tunggu orang macam kau ni?
Benci aku ke? Aku ni teruk sangat ke? Salah ke kau layan aku macam seorang rakan?

Aku ni menangis je, menyesal ke? Er tak lebih kepada kecewa dengan diri sendiri.

Aku nak cerita tapi mungkin tak sesuai. Tapi

aku terharu sebab masa aku menangis tu Ayah cuba buat aku stop menangis. Tapi aku makin kuat menangis.
Masa tu la first time dalam hidup aku rasa macam disayangi sangat. Rasa macam dihargai sangat.
Kalau boleh masa tu aku nak peluk Ayah, aku nak nangis dalam dakapan Ayah. Aku nak cerita macam macam dekat Ayah.
Tapi perasaan guilt aku ni buat aku rasa macam terhalang.

Aku dah kecewakan diri sendiri, Mak dan Ayah.

Aku rasa macam aku teruk sangat masa tu. Dan sampai sekarang.

Aku teringat pula masa dapat result UPSR.
Ingatkan aku dapat macam orang lain la, demand kemain kan. Last-last, rasa macam dapat 5E.
Mungkin sebab Ela dulu dapat 5A kan semua dah curahkan semua kesyukuran tu masa tu.
Kiranya masa aku dapat 5A dulu tu biasa jelah.
Takde apa yang suprise kot.

Masa tu aku pendam sorang-sorang. Aku pun nak macam orang lain.
Mak Ayah diorang siap peluk cium pipi dahi bersyukur anak diorang dapat result bagus.
Aku kat situ kelip kelip mata tunggu Mak Ayah buat macam tu,
tapi tak.

Masa tu aku fikir, hm takpelah. Nanti dapat lah tu.

Wow panjang. lol terlepas semua. Belum habis lagi ni jap eh jap jap sikit je sikit je sikit jeee

Ni kejatuhan pertama aku dalam 15 tahun aku hidup. Dan takde siapa pun stay right next to me and help me to get up again and face the reality.
No one. But aku dah boleh bangun, boleh cuba tahan stop air mata ni keluar, bersedia nak cerita kat Ela.

So aku cerita kat Ela. hahahaahhaha
Tak nangis tapi semangat tu up sikit lah. hehehhehe c;

Aku nak cakap yang selama ni aku ingat korang kawan aku dunia akhirat tapi tak. Korang buat aku lagi jatuh ada lah.
Aku tak menyesal kalau aku tukar sekolah ke, nanti habis sekolah ke.

Trust aku bazir macam tu je doh, kau buat macam sampah.

Hanya sebab aku treat korang teruk? Heh kalau macam tu aku treat airah nad fadh nik tu lagi teruk lah.
Setakat panggil macam tu dah terasa. Baik tak payah hidup kat sini, kau pergi buat dunia sendiri.
Hidup dalam kalangan manusia yang takde perasaan tu. Yang bercakap guna bahasa baku.
Dah kalau semua nak terasa, semua nak mengumpat belakang, semua nak judge.

Kau ingat sikit,
kau hidup dalam community bukan kau hidup sorang.
Kena ignore dah cakap macam macam.
Aku ni lebih dari ignore kau buat kat aku takde pulak aku kata nak bunuh diri.

Assalamualaikum.


Blogger template © Elle Snyder 2013. Image via weheartit.